+Follow
Dashboard
.Cik.GulaHati.
hi.
i am azzieismail
DuaEnam | Desaru | PetiteGirl
Love | Trust | Respect | Salute
beHave Yourself. Tq!
cLickS ThiS iCon!!
Instagram photo 2a846afb-a399-4ebf-8e5a-9e75a8803f82_zpsgjx3em0x.png

❤Click-Click❤
EnCik Kacak (MuahCiked):




Credits..
Template by : Nurul lzzati
Image by : we❤it
Background : nabiyha / cherrybam



Saturday, February 26, 2011
aDAKAH LeLaki berBohong kerana?? @ 5:53:00 PM
0 talkative person(s)

1) MAHU MENJAGA HATI
Ini mungkin adalah salah satu sebab mengapa anda menipu.. mahu menjaga hatinya dari terus dilukai. Kadangkala kejujuran itu terlalu menyakitkan dan ada yang memilih untuk terus berbohong demi kebaikan sebuah perhubungan

2) MENGELAK TERJADI KESILAPAN BERULANG
Menipu sememangnya dapat memusnahkan sebuah perhubungan yang kita bina.. Malah ianya juga boleh menjadi satu bahan sindiran atau pergaduhan setiap kali kesilapan terjadi.Namun begitu menipu harus anda lakukan demi untuk menjaga keharmonian sesebuah hubungan. Kesilapan kali pertama masih dapat dimaafkan tetapi kesilapan kedua atau kesilapan yang berulang adalah sesuatu yang amat perit dan menyakitkan. Jadi penyelesaian terbaik adalah MENIPU!!!!

3) MEMANG SATU KESILAPAN
Tiada manusia di muka bumi ini yang sempurna.. malah tiada juga manusia yang maksum seperti nabi.. Jadi sebagai seorang manusia biasa anda sememangnya tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Menipu bukanlah jalan yang terbaik untuk anda.. Tidak salah sekiranya kita mengakui kesilapan yang telah kita lakukan.. Terpulanglah pada pasangan kita sama ada mahu memaafkannya atau tidak!!

4) TAKUT pada RISIKO
Kesan dari kebenaran sememangnya mungkin tidak dapat kita akui dan menerima. Setiap kemaafan pasti ada risiko disebaliknya. Oleh itu, ada diantara kita yang takut pada risiko yang tidak dapat mereka terima mengambil langkah untuk terus menipu demi menjaga sesebuah perhubungan. Ketahuilah sebenarnya kebenaran itu adalah indah malah ianya dapat membuatkan anda berasa lega dan berfikiran tenang.

5) BUANGLAH RASA BERSALAH
Berterus-terang itu sebenarnya sesuatu yang dapat menghilangkan rasa bersalah sekali pun ianya terlalu perit dan pahit pada kita. Namun ada juga yang memilih untuk terus berbohong.. terus menipu.. untuk membuang rasa bersalah itu.

6) KEBENARAN PASTI TIBA
Selama mana pun anda cuba berahsia dan menyembunyikan sesuatu.. lama-kelamaan kebenaran itu pasti terbongkar. Kalau pun bukan dari orang lain.. selalunya akan ada perbuatan-perbuatan anda yang membuatkan si dia perasan yang anda sedang menipu.. PERCAYALAH!!!.. Jalan terbaik.. carilah masa yang sesuai dan cuba menjelaskan kesilapan yang telah anda lakukan pada si dia.. Jika si dia sedia memaafkan.. satu bonus untuk anda tetapi jika tidak..



ok??
aku sendiri pon xtau nape lelaki berbohong. mungkin ada sebabnya yang tersendiri.
bagi aku, JUJUR lebih baik walaupun ia AMAT-AMAT MENYAKITKAN HATI.
tapi nak wat cm ne, setiap manusia pasti ada kesilapan yang dibuat.
kita cuba memaafkan.
tp Tolonglah JUJUR. KERANA ITU LEBIH BAIK!!!

Labels: , ,


❤ older posts / / newer posts ❤