+Follow
Dashboard
.Cik.GulaHati.
hi.
i am azzieismail
DuaEnam | Desaru | PetiteGirl
Love | Trust | Respect | Salute
beHave Yourself. Tq!
cLickS ThiS iCon!!
Instagram photo 2a846afb-a399-4ebf-8e5a-9e75a8803f82_zpsgjx3em0x.png

❤Click-Click❤
EnCik Kacak (MuahCiked):




Credits..
Template by : Nurul lzzati
Image by : we❤it
Background : nabiyha / cherrybam



Tuesday, August 24, 2010
...Erti Persahabatan... @ 4:23:00 PM
0 talkative person(s)
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali
diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung
kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitu
juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma
mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia
peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan
membela diri.Kita terlupa,
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan
kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang
perasaannya???Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa
dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaian
masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri
kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang
ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya
bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga
seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin
banyak cerita
sedih yang ingin diluahkan,disebalik
kesenangannya,mungkin tersimpan
seribu kekalutan,kita tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadisahabat
seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......

* TQ 4 BEING MY FRIEND..


lot of love,

Labels:


❤ older posts / / newer posts ❤